Friday, March 23, 2012

jangan didik anak Jadi BAIK~~~


Jangan didik anak jadi baik.
Didik anak buat pilihan yang baik.

Kehidupan adalah mengenai POWER OF CHOOSE.

Pilih untuk jadi malas atau rajin,
Pilih untuk makan atau tidur,
Pilih untuk belajar atau bekerja,
Pilih untuk berkahwin dengan siapa,
Pilih untuk sihat atau kurang sihat atau tidak hirau mengenai kesihatan,

Semuanya bersangkut paut dengan PILIHAN.. saya terpanggil untuk tulis artikel ini kerana didorong rase ingin tahu dan tentunya saya pilih untuk menulis, tetapi yg utama adalah untuk menjawab persoalan yg ditanya sendiri oleh saya ketika menonton sebuah drama tempatan. 

Seorang mak sentiasa MENDOAKAN anaknya menjadi BAIK. Dan tak lupe memuji anak BAIK, mendidik menjadi insan yg BAIK malah sentiasa memanggil anak dengan nama yang BAIK. 

Tetapi, akhirnya, anak beliau ditangkap kerana bersubahat menipu wang orang malah sanggup memuaskan nafsu orang yg ingin dikaburi. Si emak tidak megetahui langsung perbuatan anak kerana baginye, doa seorang ibu adala makbul dan si emak sgt pasti anaknya BAIK. Ttp bila si emak mengetahui kebenarannya, beliau mempersoalkan satu persoalan yg turut menghantui saya.
Kenapa ape yang dilakukannya selama ini tidak seperti yg diharapkan? Adakah kerana doanya tidak makbul? Adakah ini sekadar ujian baginya? Atau, masih tidak cukup kah ape yg diajar?
Justeru itu, saya ambil beberapa hari juge untuk memikirkannya sehingga teringat satu ayat dalam drama yg sama mengatakan bahawa itu adalah PILIHAN dia.. 

YA! PILIHAN.. 
Dari situ, saya simpulkan, kita sebagai ibu bapa zaman ini, kehidupan yg lebih mencabar dengan masalah social berbangkit yg tidak pernah selesai, dadah, lumba haram, malas ke sekolah, malas bekerja bila drop out school, masalah gender, pergaulan bebas, dsb, LUPA BAHAWA POKOK PANGKAL masalah ini berlaku kerana anak2 atau mungkin KITA sendiri sbg anak, yang MEMILIH untuk melakukannya.
Kurang pendedahan mengenai kuasa PILIHAN, menyebabkan pertimbangan menjadi INSAN YG BAIK tidak berlaku.  
Macam mana mahu didik anak buat pilihan yang baik? Ada pelbagai cara tetapi ASASNYA,

-Marilah mulakan dari kecil. 

 

-berdoa anak dan diri berusaha ke arah PILIHAN yg diredhai Allah.. 

-Sentiasa beri pilihan dengan penerangan ringkas setiap JALAN, KAEDAH, SITUASI dan KESAN bila berpesan pada anak. 

-sentiasa peka dan belajar teknik keibubapaan .. baca, bergaul dan praktik..
-solat istikharah 

- dan penting, beritahu anak tentang hal ini : JADI ANAK YG TAHU BUAT PILIHAN YG BAIK.. BUKAN SEKADAR JADI BAIK..
 
Sama2 kite belajar dan terus berkongsi ilmu..